BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 6, 2010

TCP/IP, SUBNET N IP ADDRESS

PROTOKOL

Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi.

Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah TCP/IP.

TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda. Contoh simulasi IP Address dalam protokol TCP/IP

Seperti seorang posmen menghantar surat, surat anda akan sampai pada alamat penerima yang anda tulis pada surat tersebut.

Dengan penggunaan TCP/IP pada sistem rangkaian, paket data yang dihantar pada satu-satu penerima, paket tersebut akan melalui 7 lapisan OSI untuk dipaparkan pada komputer penerima.

TERPERINCI TCP/IP

Alamat-alamat IP ini ditentukan dan dipantau oleh satu badan bebas, IANA (Internet Assigned Numbers Authority). Daripada ketentuan ini, terdapat beberapa kelas IP telah dispesifikasikan kepada Kelas-Kelas IP, dan antara yang digunakan ialah daripada Kelas A, B, dan C.

Terdapat satu alamat ip yang tidak termasuk dalam susunan ini, iaitu 127. Alamat ini digunakan untuk tujuan ujilari rangkaian, 127.0.0.1

Berikut adalah contoh penggunaan IP address mengikut kelas

Merujuk kepada carta kelas di atas:-

Bilangan network ialah bilangan rangkaian yang mampu dibuat pada satu-satu masa.

Bilangan subnet pula ialah bilangan pecahan daripda ranagkain-rangkaian itu.

Bilangan host ialah bilangan pengguna dalam setiap rangkaian tersebut.

Sebagai contoh:- kita ambil IP address daripada kelas A. Bilangan rangkaian yang mampu dilaksanakan ialah sejumlah 126 dengan 16,777,214 pengguna dalam setiap rangkaian, iaitu 1:16,777,214.

Pada ruangan subnet, 255.0.0.0 mewakili maksima IP Address yang DIBENARKAN diguna pakai pada setiap komputer. Range ataupun keluasan bagi satu-satu IP Address ialah daripada 1 hingga ke 254. Contoh: 10.1.1.1 hingga 10.x.x.x hingga 126.254.254.254

SUBNET

SUBNET ialah satu mekanisma pengiraan yang digunakan dalam sistem rangkaian bagi memecahkan rangkaian dalam kelas-kelas IP address bagi tujuan keselamatan maupun pembahagian kumpulan-kumpulan kerja. Subnet dalam IP address adalah terdiri daripada NETWORK ID DAN HOST.


Network ID dan Host ID dalam Kelas A,B dan C

KELAS A
Network ID
Host ID
10
1
1
1
255
0
0
0

KELAS B
Network ID
Host ID
128
1
1
1
255
255
0
0

KELAS C
Network ID
Host ID
192
1
1
1
255
255
255
0

Subnet (Pecahan Network) dalam satu kumpulan IP biasanya dipanggil SUBNET MASK. Subnet mask biasanya wujud pada setiap setting ip address pada semua Operating System, (windows95/98/Me/Xp/2000) Server maupun client. Mari kita rujuk fungsi SUBNET ini melalui beberapa kes penyelesaian.

Kes 1:

Anda dikehendaki untuk membina satu set rangkaian setempat (LAN) di satu Kementerian, dengan 100 pengguna IP address dalam satu kumpulan kerja daripada set IP Address 10.1.1.0. Semua pengguna mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain samada dengan perkongsian fail maupun pencetak.

Penyelesaian:

Setkan pada 100 komputer pengguna dengan IP Address dengan menggunakan IP Address daripada KELAS A:

Komputer Pennguna
IP Address
Subnetmask

Komputer 1

10.1.1.1

255.0.0.0

Komputer 2

10.1.1.2

255.0.0.0

seterusnya

10.1.1.3 -- 10.1.1.100

255.0.0.0

Kes 2:

Daripada 100 pengguna ini, anda dikehendaki untuk memecahkan rangkaian ini kepada DUA kumpulan kerja bagi memudahkan pihak pengurusan mengenal-pasti penggunaan IP Address pada kedua-dua kumpulan kerja ini. Kumpulan kerja itu ialah: (A) Unit Perumahan sebanyak 50 pengguna komputer dan (B) Unit Sosial sebanyak 50 pengguna

Penyelesaian.

Kumpulan
IP Address
Subnetmask

Unit Perumahan

10.1.1.1 hingga 10.1.1.50

255.0.0.0

Unit Sosial

10.1.2.1 hingga 10.1.2.50

255.0.0.0

Dengan memecahkan IP address ini kepada 10.1.1.1 hingga 10.1.1.50 dan 10.1.2.1 hingga 10.1.2.50, DUA set kumpulan rangkaian kecil telah dibuat daripada satu rangkaian yang besar tadi.

Dalam kedua-dua kes ini tadi, IP Address daripada KELAS A digunakan.Walaupun rangkaian ini telah dipecahkan kepada DUA kumpulan, namun keseluruhan pengguna komputer ini masih mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain, disebabkan HOST ID keduanya masih dalam lingkungan boleh ubah. Apa pun penggunaan pernomboran daripada 1 hingga 254 di dalam HOST ID ini, kesemua komputer yang disambungkan pada rangkaian akan mampu berkomunikasi.

Kes 3

Pihak pengurusan Kementerian telah membuat keputusan untuk memecahkan lagi kumpulan kerja itu tadi agar komputer-komputer Unit Perumahan dan Unit Sosial untuk TIDAK BERKOMUNIKASI antara satu sama lain. Anda dikehendaki untuk menyelesaikan kes ini TANPA membabitkan sebarang kos pembelian peralatan.

Penyelesaian

Kumpulan
IP Address
Subnetmask

Unit Perumahan

10.1.1.1 hingga 10.1.1.50

255.0.0.0

Unit Sosial

11.1.1.1 hingga 11.1.1.50

255.0.0.0

Dalam kes ke 3 ini, dengan menukar Netwok ID kepada sebarang pernomboran selain daripada 10 akan akan memecahkan rangkaian kepada satu rangkaian lain. Dengan kaedah ini, Unit Perumahan dan Unit Sosial dalam kementerian ini akan terputus hubungan rangkaian setempat.

Dalam standard piawaian IP Address dan Subnet, sebarang perubahan pada Network ID dalam satu set IP Address dalam satu-satu rangkaian akan memecahkan rangkaian tersebut kepada satu sistem rangkaian lain.

PUBLIC DAN PRIVATE IP ADDRESS

Dalam menentukan penggunaan IP Address dalam satu-satu rangkaian, terdapat beberapa amalan yang lazimnya digunakan, iaitu penggunaan Public IP Address dan Private IP Address.

Tujuan penggunaannya adalah untuk memudahkan pengecaman dan pengendalian IP address samada untuk kegunaan dalaman (Private IP Address) ataupun bagi kegunaan antarabangsa(Public IP Address) mengikut tata-susun daripada ISP (Internet Service Provider) dalam sesebuah negara.

Berikut adalah jadual pembahagian Private IP Address mengikut Kelas.

KELAS A 10.x.x.x Hingga 10.255.255.255
KELAS B 172.16.0.0 Hingga 172.31.255.255
KELAS C 192.168.0.0 Hingga 192.168.255.255

DYNAMIC IP ADDRESS (DHCP -Dynamic Host Computer Protocol)

Istilah ini membawa maksud secara praktiknya dimana, dalam satu rangkaian terdapat satu SERVER yang akan membahagikan IP Address kepada kesemua komputer yang dirangkaikan. Dalam konfigurasi server pula, biasanya haruslah mempunyai kemampuan untuk memberikan perkhidmatan ini.

Apabila komputer pengguna 'Log-On' ke server, server akan mengaktifkan satu IP Address khusus untuk komputer tersebut mengikut tempoh tertentu.

Katakan dalam satu rangkaian yang mempunyai 20 komputer dengan satu DHCP server, dan pada DHCP server tersebut telah dikonfigurasikan perkhidmatan DHCP dengan set IP Address 10.10.1.1 hingga 10.10.1.25. Setiap pengguna yang 'log-on' padanya akan mendapat mungkin 10.10.1.2 sebagai set ip addressnya secara automatik, dan seterunya kepada komputer kedua hinggalah komputer yang terakhir.

0 comments: